Kata Support????

Ok entri yang ni aku kreditkan sepenuhnya kepada  majalah ROTTW...
Aku rasa ada point jika benda ni disebarkan dan sebenarnya aku totally blur tak tahu nak update apa lagi...
Here We Go!....

Selalu juga mata ini melihat venue-venue gig yang dibarisi oleh band yang rasanya punya para peminat setempat yang cukup ramai di laman Facebook..Punya komentar balas yang cukup kencang untuk satu-satu status yang diletakkan tiap kali..Namun,sayangnya jumlah kedatangan yang diharapkan tidak seperti yang disangka..mana perginya para peminat dan pencinta  muzik yang berkobar-kobar di alam maya? Mana perginya para pejuang 'muzik' yang lantang bersuara di laman blog mereka?Yang mahu melihat perubahan untuk senario muzik tempatan yang acap kali dilabel 'tenat' dan 'makin pudar serinya'..

Benar,bukanlah paksaan untuk anda menghadiri acara muzik yang dianjurkan tiap-tiap minggu..Jauh sekali untuk mengeluarkan wang ringgit yang bukan mudah untuk diperoleh untuk gig-gig yang kurang mendapat perhatian..Namun,tertanya-tanya juga diri ini,adakah aktiviti gig ini hanya trend ketika zaman hangatnya?Tika gelanggang mula 'mendung' tanpa sebarang injeksi dari sebarang 'demam' genre baru(sebenarnya lebih kepada Revival),para pengunjung show semakin sedikit jumlahnya..

Kurang bersemangat?mungkin itu yang biasanya dicanangkan..

Cerita pasal semangat,rasanya ramai juga yang mengaku bahawa merekalah penyokong muzik tempatan yang tidak berbelah bahagi untuk sesebuah band - ada yang telahpun berkubur - tak kira apa pun yang berlaku..namun kemana mereka ketika band-band kesayangan mereka memerlukan kehadiran mereka sebagai tanda sokongan?

Salahkan harga tiket yang agak menekan?Hmmmm..

Rasanya jika anda berkesempatan untuk menonton filem "Detroit Rock City" (Ya,rujukan yang bukan tempatan),anda mungkin dapat lihat betapa bersungguhnya empat anak muda teraju utama filem tersebut,berusaha untuk ke konsert idola mereka..Cerita layar perak,mana mungkin sama dengan dunia sebenar..Mungkin..Namun,itulah tekad sebenar para peminat yang sanggup untuk memberi sokongan pada kugiran kesayangan mereka..Bukan hanya sekadar menyebut nama mereka didalam perbualan dengan rakan-rakan anda,jika ditanya tentang pengaruh muzik anda..Tanpa audiens,masakan para pemuzik tersebut masih punya semangat untuk terus berkarya untuk anda?Itu belum cerita tentang mendapatkan material rakaman mereka yang sah..

Kos rakaman,kos adunan,juga mastering lagu bukanlah sesuatu yang murah..Sungguhpun kebanyakan band-band kini mampu untuk merakam material mereka tanpa ke studio yang besar-besar,namun untuk mencetak muzik mereka bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan percuma..Jika sekeping CD yang berharga bawah RM15 (melainkan sekeping CD mengandungi sebuah lagu sahaja ...itu agak melampau dos lawaknya dengan harga begitu)anda cukup ralat untuk membelinya,jangan kata bahawa andalah jiwa penyokong tegar mereka..Lumrah manusia,lebih cenderung untuk memiliki sesuatu atau mengakses sesuatu dengan cara yang lebih mudah - paling tepatnya,percuma,selagi mungkin..Masuk gig free,CD free,kalau boleh,nak pow 'T-shirt' free...

Jadi,untuk para pengkritik yang selalu cenderung ke arah negativiti apabila berkata tentang senario muzik tempatan,tanpa menunjukkan apa-apa bukti yang mereka melakukan sesuatu..memang rugi rasanya..Ianya akan sentiasa berada pada takuk yang sama,jika anda masih lagi berkelakuan begini..Tanpa kehadiran anda di venue-venue gig,ternyata pemandangan 'mati' yang anda selalu perkatakan akan semakin melarat..Jangan hanya lantang berkata-kata,buktikan semangat anda yang kelihatannya menyala..Jangan hanya mampu untuk memuat turun muzik,tunjukkan sokongan anda dengan membeli material sahnya..Itu sokongan yang sebenarnya..

0 comments:

Post a Comment